BeritaPanas
Friday, August 3, 2012
Lagi kontroversi Nikita Willy - Pamer gambar seksi separuh bogel
TINDAKAN berani pelakon muda, Nikita Willy mempamerkan gambar separuh bogelnya di laman Twitter mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Read more »
Monday, July 23, 2012
Namewee Bimbang Jika Rakyat Malaysia Belum Memaafkannya
PETALING JAYA: Pengarah filem dan penyanyi rap Namewee berkata dia masih bimbang dengan penerimaan masyarakat ekoran kontroversi video menghina lagu Negaraku yang pernah dicetuskan olehnya sebelum ini.

Read more »
Tuesday, December 20, 2011
Misha Berlakon Bukan Kerana Kerjaya Nyanyian Merudum
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Misha Omar, 29, berkata pembabitannya secara aktif dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini bukan disebabkan oleh karier nyanyian yang semakin merudum, seperti dakwaan segelintir pihak.

Sebaliknya, Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, berkata keputusan untuk mengembangkan bakat ke bidang lakonan adalah bertitik-tolak daripada keinginannya sendiri yang mahu mengimbangi kedua-dua cabang seni itu.

“Sebenarnya, saya mahu mencipta profil sebagai anak seni yang berkebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan. Memandangkan peluang itu sudah terbuka, mengapa tidak saya mencuba?

“Namun, itu tidak bermakna karier nyanyian saya berdepan kejatuhan atau merudum. Selepas lapan tahun menceburi bidang ini, karier nyanyian saya sudah berada pada tahapnya sendiri. Saya selesa dengan kedudukan itu,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Misha berkata kecenderungan untuk mendalami bidang lakonan khususnya cabang teater didorong oleh kepercayaan dan sokongan orang-orang terdekat yang mempercayai bakatnya.

“Ramai orang terdekat yang menyedarkan saya akan bakat dan potensi dalam bidang lakonan termasuklah guru lakonan juga pengarah teater, Rosminah Tahir.

“Mengapa harus saya bazirkan peluang dan kepercayaan itu? Sebab itu, saya akui aktif berlakon dalam beberapa produksi teater kebelakangan ini.

“Jadual nyanyian masih berjalan dengan baik dan padat, di mana hampir setiap minggu saya memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis tertentu dan korporat,” katanya.

Ditanya tentang populariti dan kerjaya nyanyian yang dilihat kurang menyerlah, Misha berkata pada kedudukannya hari ini, senario berkenaan adalah sesuatu yang normal dan berlaku pada mana-mana artis senior.

“Pada kedudukan hari ini, saya tidak perlu lagi gusar untuk sentiasa berada di depan, menghiasi akhbar atau majalah. Hakikatnya, kita tidak perlu sentiasa berada di depan untuk menunjukkan kepada khalayak bahawa kita masih aktif.

“Saya lihat keadaan ini juga berlaku pada kebanyakan penyanyi senior lain di mana mereka terus aktif tetapi tidak perlu terlalu menonjol.

“Sudah tiba masanya saya memperoleh ilmu dalam cabang seni yang lain pula. Kini, saya gembira dan puasa kerana telah mencuba pelbagai bidang seni termasuk nyanyian, pengacaraan dan berlakon,” katanya.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini turut mengakui akan muncul dengan album terbaru pada suku pertama tahun depan.

Selain filem Gerak Khas The Movie 2 dan Main-Main Cinta, Misha pernah membintangi teater muzikal Gamat (2008), Uda & Dara (2010), Muzikal Tun Mahathir 1 & 2 (2010, 2011), Mak Dara Nyonya (2011) dan terbaru, Monolog Solo: Gadis Yatim. - Mstar
Konsert 'Loudspeaker' Bikin Dira Tertekan
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar mengakui tertekan menguruskan persiapan konsert Loudspeaker Y2K11 yang dianjurkan syarikat abangnya, Muhd Idi Iskandar iaitu Red Garage Group Sdn Bhd (RGGSB).

Ia akan berlangsung pada 25 Disember ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert berkenaan akan menampilkan empat ikon rock seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan Faizal Tahir

Dira berkata, tanggungjawabnya sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi RGGSB membuatkan jadualnya begitu padat sejak sebulan lalu dan bersyukur kerana suaminya, Mohd Helmi Mohd Yusof banyak memberi sokongan terhadapnya.

"Saya mengaku agak tertekan tetapi taklah teruk sangat. Sejak sebulan lalu kehidupan saya dah macam 'roller coster'. Tapi saya bersyukur kerana suami tidak mengeluh dan merungut. Bahkan dia turut memberi semangat apatah lagi dia pun turut terbabit secara langsung memastikan kelancaran konsert ini.

"Apa yang membuatkan saya terlampau sibuk kerana komitmen saya sebagai seorang pelakon dan pengacara Melodi di TV3. Sesiapa yang berada di tempat saya pasti berdebar dan pening kepala," selorohnya.

Tambah pelakon ini, dia gembira kerana tiket konsert berkenaan sudah terjual sekitar 70 peratus selepas membuat promosi berterusan termasuk sokongan daripada pihak media, hebahan di laman Facebook, Twitter dan Youtube serta promosi di jalanan.

“Kami yakin dengan sokongan peminat terhadap empat ikon rock yang dipertaruhkan.. Dengan satu harga tiket RM77 (berdiri), mereka boleh menonton empat bintang rock sekali gus. Memang kami lebih banyak mempromosikan tiket RM77 untuk generasi muda.

“Tiket berharga RM222 (VIP) pula lebih kepada mereka yang mahu gaya yang lebih eksklusif. Atau dalam erti kata lain untuk generasi lama yang menjadi pengikut setia kumpulan Wings dan XPDC contohnya. Tetapi kalau ada generasi muda yang mahu, kita masih boleh menjualnya,” kata Dira.

Urusan pembelian tiket boleh dilakukan dengan melayari www.tickethotline.com.my atau menghubungi talian, 03-7725 1177. Ia juga boleh dibeli di stesen minyak Petronas terpilih.

Ditanya bagaimana perasaan suami saat Dira begitu komited memastikan perjalanan menjelang konsert ini, Dira tidak melihat tanggungjawab sebagai isteri diabaikan.

“Ikutkan memang banyak perkara yang kami kongsi persamaan. Selain suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, kami juga antara penggemar muzik rock. Alhamdulillah, dia sangat okey. Malah dia suka melihat saya melunaskan kerja sampai habis.

“Tanggung jawab sebagai isteri diteruskan macam biasa. Kami sudah faham dengan perangai masing-masing dan saling menyokong. Selagi tahu batas-batas dan percaya kepada diri, insya-Allah kami boleh melaluinya sebaik mungkin. Amin,” katanya.

Sementara itu, bersempena dengan konsert tersebut, RGGSB turut mengadakan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 23 dan 24 Disember ini.

KLBW 2011 yang terbuka untuk orang ramai secara percuma itu merupakan acara tahunan sejak 2008. Seperti tahun terdahulu, acara permotoran yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia ini mencipta kejayaannya yang tersendiri. - Mstar
Ain Tidak Serik Dikecam Kerana Gambar Seksi
PETALING JAYA: Gara-gara penyebaran gambar seksinya, pelakon baru, Nurul Ain Nordin (Ain) akui ada pihak yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong dirinya di laman sosial Facebook.

Biarpun gambar tersebut memberikan kesan kepada Ain, namun dia menerima respons yang menunjukkan ada juga peminatnya yang akan menonton filem yang dikaitkan dengan kontroversi itu yang berjudul Satu Malam Kubur Berasap.

“Semuanya bergantung kepada penonton kerana ada yang ingin menonton filem itu disebabkan ceritanya dan bukan kerana gambar seksi itu semata-mata.

“Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, gambar itu hanya diambil dan disunting untuk dimuatkan pada poster bagi mempromosikan filem tersebut.

"Tetapi ada pihak yang menyalahgunakan gambar itu dengan menyebarkan gambar asal,” katanya yang pernah muncul dalam filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

Bagaimanapun, Ain tidak menyalahkan pihak produksi apabila gambar tersebut tersebar.

“Saya tiada masalah dengan pihak produksi dan tidak menuduh mana-mana pihak,” katanya yang pertama kali memegang watak utama melalui filem ini.

Biarpun dikecam, Ain tidak serik untuk tampil dengan imej seksi jika diminta dalam filem atau drama yang ditawarkan kelak.

“Saya akan melihat kepada tawaran dan sejauh mana saya diminta berpenampilan seksi. Jika saya rasa boleh lakukan, saya akan terima. Bagaimanapun, saya tetap akan menjaga sensitiviti masyarakat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

“Saya perlu belajar daripada kesilapan. Tetapi pada saya seksi itu subjektif,” ujarnya.

Ain melakonkan watak seorang wanita bernama Siti yang telah meninggal dunia setelah menjadi mangsa rogol. Roh Siti mula mengganggu ketenteraman penduduk di Kampung Angan Tak Sudah bagi menuntut bela di atas kematiannya.

Suatu Malam Kubur Berasap, turut membariskan lima alumni Raja Lawak iaitu Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz, pelakon Zach Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail dan Accapan.

Filem arahan Ernie Chen ini akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Disember ini di seluruh pawagam di negara ini. - Mstar
Saturday, August 20, 2011
10 Tahun Isteri Orang jadi hamba seks Seorang Anggota Polis
Feb 1, 2010 MANGSA menunjukkan laporan polis dan tempat dia disimpan di Kampung Baru Cina, Kulim.

GEORGETOWN: Lari dari mulut buaya, masuk mulut naga. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan penderitaan seorang isteri yang menjadi mangsa pemuas nafsu seorang anggota polis sejak 10 tahun lalu.


Wanita berusia 40 tahun, dari Sungai Nibong di sini, pada awalnya mengharapkan persahabatan dengan anggota polis berusia 47 tahun berkenaan boleh menamatkan penderitaannya yang sering dipukul suami.

Malangnya, wanita yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 18 tahun itu hidup terumbang ambing dan bergelumang dosa kerana dipaksa menjadi perempuan simpanan walaupun masih bergelar isteri orang.

Malah, sejak bersekedudukan dengan lelaki itu, dia mendakwa sudah sembilan kali menggugurkan kandungan sehingga rahimnya rosak dan dipaksa mengambil ubat pencegah hamil.

Dia membuat pengakuan itu kepada Berita Harian dalam satu pertemuan di sini sebelum menunjukkan ‘markas’ tempat anggota polis itu memuaskan nafsunya.

Mengimbau kisah dukanya, wanita itu mendakwa bertemu anggota polis itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pusat kecantikan di Bukit Jambul dan keesokannya, lelaki itu menunggunya dan mahu berkenalan.

“Saya memberitahunya saya sudah bersuami tetapi dia tetap mahu berkawan. Saya kemudian menerimanya sehingga dia berani ‘merampas’ saya daripada suami ketika berada di rumah,” katanya.

Wanita itu juga mendakwa anggota polis itu cuba menyalahgunakan kuasa bagi memerangkap suaminya, tetapi ia diketahui pegawai atasannya dan dia ditukarkan ke tempat lain.

Walaupun ditukarkan, anggota polis itu masih berhubung dengannya dan mendakwa seperti dipukau kerana akan mengikuti apa saja yang dikatakan lelaki itu tanpa berani melawan, memendam perasaan serta sentiasa ketakutan.

Dia juga ke tempat anggota polis itu setiap hari selepas bekerja dan ditempatkan di rumah yang tersorok di sebuah kawasan kediaman.

“Setiap hari saya dipukul, didera, dicekik dan diterajang sehingga selalu mengalami sakit dalam badan. Saya juga dipaksa makan dan minum makanan yang dibelinya yang dipercayai dijampi,” dakwanya.

Sepanjang 10 tahun berkeadaan begitu, suaminya tidak mengendahkannya lagi kerana kecewa dengan perbuatannya yang bersekedudukan dengan anggota polis itu, manakala hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan isteri anggota polis itu.

Dalam tempoh itu, setiap kali hari raya, dia akan dikurung dalam rumah dengan hanya berbekalkan roti, kaya dan air kosong.

Wanita itu mendakwa, pada 14 Januari lalu, dia dirogol dalam tandas kira-kira jam 10.30 malam oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Apabila memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis itu, dia dipersalahkan dengan mendakwa cuba mengkhianati perhubungan mereka dan dimarahi serta dipukul sebelum ditinggalkan dalam kesakitan.

“Selepas itu saya menghubungi kakak angkat untuk mendapatkan bantuan dan pergi ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan,” katanya.

Dia turut membuat laporan polis mengenai kejadian rogol pada 16 Januari selepas dinasihatkan doktor yang turut mendapati badannya mempunyai kesan lebam.

Selepas membuat laporan, sepasukan anggota polis diketuai seorang pegawai berpangkat Inspektor mengambil keterangan anggota polis itu tetapi memintanya mengaku dia isterinya.

“Saya kecewa dengan sikapnya, malah dia pernah mengugut akan melakukan sesuatu yang dahsyat jika perkara itu terbongkar,” dakwanya yang kecewa kerana dua laporan polis yang dibuatnya di Ibu pejabat Polis Kulim, Kedah tidak diambil tindakan.

Sumber : Bharian.com

Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu
Mar 8, 2010 KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.
Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.
Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan dipukau apabila mengikut kehendak suspek.
Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir, katanya.


Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.
Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam, katanya.

Sumber : Harian Metro