Thursday, February 12, 2009

Pengurus Mawi Dibuang Kerja Kerana Ekin?


Tiada kesudahan gosip melanda pasangan Mawi & Ekin walaupun mereka berdua sudah berkahwin Disember lepas. Terbaru, pengurus peribadi yang pernah berkhidmat selama 4 tahun untuk Mawi sudah di’buang kerja. Menurut khabar angin, kes buang kerja pengurus peribadi Mawi adalah di’sebabkan Ekin!

Bagaimanapun, Mawi menyangkal dakwaan tersebut kerana pengurus tersebut, Wan merupakan pekerja pihak Maestro. Beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuang pekerja Maestro, maka Ekin bukanlah faktornya.

Freddie Fernandez, CEO Maestro menjelaskan pihak mereka terpaksa memecat Wan kerana ada perkara yang tidak dapat mereka berkompromi lagi. Perkara pemecatan tersebut tiada kene mengena dengan Ekin, maka ini sudah jelas bahawa pengurus tersebut bukan lah di’pecat kerana Ekin.

No comments: