Thursday, February 19, 2009

Perak terus bergolak

Hari ini EXCO baru Perak dan Menteri Besar Perak Dr Zambry Kadir di gantung dari menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan bagi EXCO dan MB Perak baru selama 18 bulan. Ini adalah kerana speaker DUN Perak S. Sivakumar masih speaker yang sah dan keputusan yang dibuat itu akan menyulitkan lagi kedudukan politik di Perak. Keadaan ini akan lebih menyulitkan apabila Dewan bersidang dan mereka yang tidak boleh hadir akan mengurangkan sokongan BN dalam sebarang usul undi tidak percaya yang akan dilakukan di DUN Perak.



Keadaan ini akan menegangkan lagi situasi politik negeri Perak setelah Sultan Perak perkenan untuk melantik MB Perak baru bagi menggantikan Nizar Jamaluddin. Adakah kemelut ini akan berakhir dengan pembubaran parlimen?

http://www.umno-reform2.com/front/

No comments: