IPOH: Salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak Khamis ini, ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi.
Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan anak guamannya ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur.
"Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan) dan sehingga sekarang (9.30 malam), saya belum dapat menemuinya," kata beliau.
Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong.
Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan.
"Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga sedang mengenalpasti sama ada dia yang mengedarkan SMS tersebut diedarkan olehnya (Wong),"katanya ketika dihubungi The Star hari ini.
Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana.
Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih hari ini.
Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula Khamis ini di sini.
Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu.
Krisis itu membawa kepada peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. _ Mstar
* Protes pakai baju hitam itu politik bukan jenayah. Salah satu bukti salahguna kuasa.
No comments:
Post a Comment