Salam 2 all.
Nampaknya kehadiran sahabat saya Dato Seri Nizar dimalam memperingati mendiang Teoh Beng Huat dengan menyalakan lilin dikritik hebat oleh UMNO dan Be End. Zambry Kadir siap dengan fatwa memperlekehkan tindakan DS Nizar. Turut diseret sama Mufti Perak yang baru bergelar Tan Sri yang siap memfatwakan haram perbuatan menyalakan lilin oleh DS Nizar.
Maka lepas ni kalau rumah kita black out jangan pasang lilin, kalau ikut fatwa Tan Sri Mufti masuk neraka kita!!
Apa yang hairannya tidak pulak UMNO dan Be End berkokok bila Menteri Pertahanan UMNo bersalam mesra dengan Menteri Pertahanan Yahudi la'natullah Ehud Berak. Kalau tengok ke gambar yang disiarkan senyum meleret menteri UMNo ni.
Apakah mereka lupa bahawa ditangan Yahudi-Yahudi inilah berlumuran darah umat Islam Filistin dan Lubnan. Ditangan durjana Yahudi lah umat Islam Ghozzah diratah dan dibunuh tanpa belas ihsan. Sudah puluhan ribu, mungkin juga ratusan ribu ummat Islam dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis la'natullah ini, sudah puluhan ribu isteri menjadi janda, ratusan ribu anak-anak Filistin menjadi yatim piatu, sudah puluhan ribu rumah ummat Islam Filistin dirobohkan, sudah bergantang-gantang airmata umat Islam Filistin mengalir..seluruh dunia mengutuk Yahudi Zionis la'natullah ini.
No comments:
Post a Comment