BeritaPanas
Tuesday, August 25, 2009
PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551
BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi.

PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) diwakili Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi. Rohaizat pula 5,067 undi.

Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Pada Mac 2008 PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini. - Mstar