Sunday, September 13, 2009

Pengundi India menyampah dengan BN - Samy Vellu

Samy Vellu akhirnya menewaskan Najib. Gesaan Najib dibakulsampahkan oleh para perwakilan MIC. Bernama hari ini melaporkan:

Ditanya sama ada "mesej" Perdana Menteri hari ini tidak dipedulikan oleh perwakilan, Subramaniam berkata: "Saya kira Perdana Menteri membuat gesaan yang penting. Saya kira mesej itu hilang begitu saja". Baca sepenuhnya dalam berita Bernama bertajuk "Politik wang antara penyebab kekalahan saya - Subramaniam".
Posting asal



Bukan saya kata, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang kata:

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN" (lihat Malaysiakini hari ini "'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'". Lihat pula cara Bernama membuat laporan dalam berita bertajuk "Saya tidak popular, kata Samy Vellu").
Agaknya, Samy Vellu terbakar dengan sindiran bossnya di dalam BN, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat berita Malaysiakini hari ini "Najib: Tiada guna popular di kalangan ahli sahaja...").

Sambil itu, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para perwakilan MIC yang memilih para pemimpin yang layak untuk parti mereka (lihat berita Bernama "Palani kekal jawatan Timbalan Presiden MIC").

Ketika orang Umno nak memilih pemimpin dulu, saya nak sangat Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi timbalan presiden parti itu, manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi naib-naib presiden.

Malangnya, para perwakilan Umno menghampakan harapan saya. Mereka lebih cerdik memilih timbalan presiden mereka berbanding majoriti perwakilan muktamar PAS di Shah Alam 5 hingga 7 Jun lalu.

MIC tidak mengecewakan saya. Terima kasih (gambar di atas ihsan Malaysian Insider).
- penarikbeca.blogspot.com

No comments: