Friday, May 21, 2010

'Abuya tak mati' - balunya bungkam

Setelah dituduh sebagai perancang utama dan dikaitkan dengan 'fatwa' kononnya Asaari Muhammad tidak meninggal dunia, seorang balu bekas pemimpin al-Arqam itu kini memilih 'diam seribu bahasa'.

"Minta maaf, minta maaf, minta maaf sangat-sangat!" kata Hatijah Aam setelah wartawan Malaysiakini memperkenalkan diri.

Malah, Hatijah terus meletakkan telefon ketika belum sempat pun soalan khusus diajukan kepadanya.

Hari ini, anak saudaranya sendiri Mohd Fakhruddin Abdullah dilaporkan membuat dakwaaan itu.

Malah, Mohd Fakhruddin dilaporkan mahu kerajaan bertindak tegas dengan menahan ibu saudaranya ditahan bagi "mengelak penyelewengan terus berleluasa".

"Bukti yang dikeluarkan dilaporkan akhbar jelas pelanggaran akidah berlaku. Tidak ada orang sudah mati akan hidup semula. Dakwaan mereka itu adalah untuk kepentingan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.

Fakhruddin yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Nur Shaadah di Perlis, dilaporkan berkata, Hatijah mempunyai pengaruh besar dalam kumpulan itu dan perancang utama yang menentukan hala tuju pergerakan itu.

Beliau dilaporkan mendakwa, tujuan Hatijah berbuat demikian bagi memastikan pengaruh kumpulan berkenaan tidak luput daripada bekas ahli kumpulan berkenaan. - Malaysiakini

No comments: