BeritaPanas
Wednesday, June 2, 2010
Adnan Abu Hassan: Shahir Ada Faktor X

GURU vokal persembahan Akademi Fantasia 8, Adnan Abu Hassan menyifatkan faktor kemenangan Shahir dalam program realiti itu adalah menjurus kepada aura dan personaliti seseorang individu.

"Saya tidak tahu. Saya bukannya hakim. Mereka suka orang itu, Mereka akan menyokongnya..

"Ia bukan pasal persembahan tetapi lebih kepada aura dan personaliti seseorang peserta itu," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Adnan yang lebih mesra disapa cikgu Adnan diminta mengulas tentang persembahan kelima-lima finalis pada malam itu.

Beliau mengakui berpuas hati dengan persembahan mereka yang menunjukkan peningkatan yang paling mendadak dalam akademi.

"Semua orang tahu Adira terkenal dengan suara lantangnya, Maulana dengan lagu jazznya dan Shahir seperti vokal Jamal Abdillah.

"Mereka adalah juara pada kelas mereka sendiri. Tapi Shahir ini mempunyai faktor X," ujarnya.

Faktor X itu jelas Cikgu Adnan, adalah aura dan personaliti Shahir yang disukai ramai.

Buktinya jelas terserlah apabila Shahir menjuarai program realiti edisi kelapan itu walaupun Adira disifatkan juri-juri sebagai membuat persembahan seorang juara serta persembahan paling hebat pada malam tersebut. - Mstar