Wednesday, June 2, 2010

Tarikh 1262 adalah muktamad

MELAKA - Penemuan terbaru sekumpulan sembilan penyelidik tempatan bahawa Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400 adalah muktamad serta akan dimaklumkan kepada kerajaan Pusat dalam masa terdekat.

Pengerusi jawatankuasa penyelidikan berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim berkata, hasil kajian yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali itu juga akan didokumentasikan di Arkib Negara.

Selain itu kata beliau, hasil keputusan tersebut akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa seberapa segera.

"Keputusan tersebut adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam masa terdekat ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - Kosmo

No comments: