BeritaPanas
Monday, November 8, 2010
Keputusan cerai Sultan Ismail tangguh

KOTA BHARU – Plaintif Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman yang memfailkan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Elia Suhana Ahmad, 31, membuat laporan polis malam kelmarin berhubung penangguhan keputusan cerai oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang didakwa sepatutnya diputuskan semalam.

Nik Rorhana, 60, mendakwa penangguhan keputusan cerai itu dicurigai mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa dan campur tangan pihak tertentu dalam urusan keputusan mahkamah tersebut berkaitan kes yang difailkan. - Kosmo