Sunday, November 21, 2010

Maher Zain terharu

SANTAI pada pertemuan pagi Isnin lalu di lobi HotelConcorde, Shah Alam, Maher Zain tenang menjawab pelbagai soalan yang diajukan tanpa sedikit pun mempamerkan riak kurang selesa.

Sesekali perbualan turut menyentuh isu peribadinya, tetapi penyanyi keturunan Lubnan yang membesar di Sweden itu tidak pula mengelak.

Menterjemahkan peribadinya yang jujur, Maher berkongsi satu persatu perjalanan hidupnya tanpa dibebani keinginan untuk berlindung. “Saya berterima kasih kepada Allah kerana memberikan saya hidayah ketika saya mengambil langkah pertama untuk kembali mengenali diri sendiri. Setiap apa juga perkara yang berlaku mempunyai alasan tersendiri dan Allah sentiasa ada di sisi ketika saya memerlukan petunjukNya,” kata Maher membuka bicara.

lagi berita...

No comments: