Bila Anwar ditanya wartawan senarai yang lompat parti, Anwar enggan memberitahu kerana kuatir mereka ini akan dikenakan tindakan ISA.
Ini menunjukkan kebijaksanaan Anwar dalam politik, maklumlah beliau sudah lama dalam arena politik ini. Sudah biasa dengan sepak terajang politik.
Namun begitu, nasib belum tentu menyebelahi Anwar kerana apa sahaja boleh berlaku pada masa depan. Andaikata Anwar di tahan ISA, Pakatan akan lemah. Rakyat pun tidak boleh buat apa-apa jika ISA dikenakan ke atas Anwar.
Nasib baik hubungan Anwar dengan USA baik, segan sikit polis nak buat sewenang-wenangnya.
Apa helah Anwar hendak beritahu Pak Lah sendiri senarai itu? Apa beza beri sekarang dengan beri nanti semasa jumpa Pak Lah. Kerana natijahnya sama. Apa pun harap-harap Anwar ada jawapannya.
No comments:
Post a Comment