Umno adalah parti Melayu yang pada asalnya menjadi tunjang kepada orang Melayu untuk berpolitik. Namun dengan bilangan orang Melayu yang semakin bertambah dan pengetahuan juga bertambah, orang Melayu cenderung untuk membuat pilihan dalam memilih parti mana yang sesuai dengan pandangan peribadi sendiri.
ISA bagi orang Melayu ada pro dan kontranya. Saya raya orang Melayu tidak kisah jika ISA digunakan tetapi dengan cara yang benar-benar perlu. Namun hakikatnya ISA digunakan oleh kerajaan sekarang untuk kepentingan politik mereka. Rakyat sudah boleh berfikir kerana ramai yang sudah masuk ke universiti. Umno terlepas pandang perkara yang ini. Ahmad yang memulakan 'Cina Pendatang' jelas dan nyata depan mata tidak diambil tindakan. Yang kena tahan ISA adalah wartawan yang melaporkan ucapan Ahmad.
Walaupun hujah telah diberikan oleh Hamid tetapi majoriti rakyat tidak dapat menerimanya. Hamid kata wartawan itu ditangkap kerana untuk menyelamatkan dirinya yang mengikut risikan polis memberi bahaya kepada dia. Alasan itu sangat tidak munasabah dan masih boleh dipersoalkan lagi dan lagi.
Zaid Ibrahim sememangnya nampak benar-benar menjalankan tugasnya. Orang seperti dia mempunyai perinsip yang dipegang. Sebab itulah orang seperti ini menerima lebih ancaman berbanding dengan yang lain. Ezam yang kononnya ada perinsip dipandang mulia semasa dalam pembangkang, tetapi dipandang hina apabila dia menggadaikan perinsipnya bila masuk ke dalam parti Umno.
Bagi Zaid Ibrahim, ISA adalah peraturan yang tidak adil dan bercanggah dengan perinsipnya. Ezam juga tidak suka ISA tetapi sebab dia tiada berpegang kepada perinsip yang kuat maka di biarkan sahaja kekejaman itu berlaku di hadapan matanya. Itu lah bezanya dua orang tokoh ini.
Persamaan yang ada pada tokoh ini ialah mereka punya niat yang baik iaitu untuk mengubah Umno menjadi parti yang kuat seperti masa lalu. Masalahnya, benda yang sudah terlalu banyak kerosakan besar lazimnya tidak boleh diubah lagi dan perlu ditukar baru.
No comments:
Post a Comment