Wednesday, September 17, 2008

JAHATNYA MANUSIA YANG BERADA DALAM UMNO ~ Ref Malaysiakini

Semua orang masih ingat sumbangan yang diberi oleh Zaid Ibrahim dalam memertabatkan badan kehakiman negara. 6 Bekas hakim telah menerima bayaran ex-gratia sebagai tanda mohon maaf BN ke atas penyingkiran hakim berkenaan.

Datuk Zaid Ibrahim - menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu diberi tanggungjawab besar bagi menangani hal-hal berkaitan undang-undang dan reformasi kehakiman.

Beliau jugalah yang mencadangkan pelantikan penganti Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad dilakukan melalui sebuah suruhanjaya. Langkah tersebut amat mustahak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara apabila pelantikan hakim dapat dilakukan melalui satu proses yang lebih telus.

Ramai rakyat melihat tindakan itu amat wajar dan sedikit sebanyak menaikkan imej Umno yang telah tercemar.

Sudah menjadi perangai Umno yang tidak boleh diubah, akan 'mengerjakan' kawan sendiri apabila kawan itu tidak lagi berada dalam jawatan yang dipegang. Sebagai contoh yang nyata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh melantik sesiapa sahaja bagi menggantikan Zaid untuk memegang jawatan tersebut. "Lebih baik dia lepaskan jawatan Senator itu sekali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Syed Ali berkata, perletakan jawatan Zaid sebagai menteri Kabinet itu juga dilihat akan melicinkan lagi jentera pentadbiran kerajaan kerana sudah tiada lagi menteri yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan.

Persoalannya, mana ada lagi menteri yang benar-benar ikhlas bekerja dalam Umno. Zaid inilah yang boleh diharap. Dan tokoh ini telah pun meletakkan jawatan.

Ini juga mengambarkan perangai buruk mereka yang seperti dubuk kelaparan. Rakan sendiri sanggup dimakan tanpa segan silu orang lain melihat perbuatan mereka. Bayangkan Pak Lah meletak jawatan. Saya yakin beliau akan dihina oleh orang Umno secara terbuka bukan sekarang semasa beliau masih ditampuk kekuasaan.

Lihat kenyataan lain yang dikeluarkan oleh rakan-rakan sendiri dalam Umno selepas Zaid tiada kuasa.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Zaid sepatutnya sudah lama meletakkan jawatannya sebagai menteri dan Ahli Dewan Negara, memandangkan beliau sering membangkitkan perkara yang menampakkan kerajaan tidak ada kredibiliti.

Katanya, Zaid nampaknya tidak memahami tanggungjawab bersama yang perlu dipikul dalam Kabinet serta tujuan sebenar ISA diwujudkan dan mencampuri urusan kementerian lain sehingga mengelirukan banyak pihak.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ketiadaan Zaid sebagai menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang, bukan satu kerugian kepada negara.

"Selama ini pun beliau dilihat sebagai satu liabiliti kepada kerajaan kerana banyak sangat kontroversi yang timbul," katanya.

Katanya, Zaid mungkin tidak dapat menyesuaikan dirinya dalam kerajaan dan menyedari bahawa beliau tidak perlu berada dalam Kabinet lagi kerana tidak dapat bekerja sebagai satu pasukan.



Mereka tidak hormat rakan sendiri yang juga bukan sebarang orang, bagaimana pula kita rakyat biasa hendak dilayan dengan baik.

No comments: