Thursday, September 18, 2008

BENARKAH PELANTIKAN NAJIB SEBAGAI MENTERI KEWANGAN MENDAPAT RIAKSI POSITIF DARIPADA PELABUR? ~ Ref Malaysiakini

Benarkah pelantikan Najib sebagai menteri kewangan mendapat maklum balas yang positif daripada pelabur asing? Atau ini hanya hendak beri sedap orang mendengar sahaja. Untuk menentukan kebenarannya, kenyataan ini perlulah ada sandaran fakta yang menyokongnya.

Maklumat siapa dan berapa jumlah pelaburan mestilah dinyatakan jika tidak kenyataan ini tidak lebih hanyalah kenyataan bersifat politik yang bertujuan menarik kembali sokongan ahli-ahli Umno ataupun kumpulan di atas pagar untuk kembali menyokong Barisan Nasional.

Strategi murahan begini lazimnya tidak akan berjaya kerana rakyat sudah pandai untuk memikirkan sesuatu peristiwa yang berlaku di hadapan mereka. Lebih-lebih lagi bagi rakyat yang sudah tertipu sebelum ini. Mereka akan lebih berhati-hati untuk membuat sesuatu rumusan dan tidak mudah melatah. Fenomena ini sangat positif bagi perkembangan negara Malaysia. Tidak perlu disekat minda rakyat, lagi disekat lagi kuat rakyat akan melawan.

Anwar Ibrahim pula dituduh sedang meranapkan ekonomi Malaysia. Tuduhan liar dengan niat jahat itu sangat tidak masuk akal. Orang yang menuduh itu seperti sudah hilang akal , mungkin akibat tekanan yang maha tinggi sedang dihadapinya.

Pujian yang tinggi oleh Nor Mohamed selaku timbalan Menteri Kewangan terhadap pelantikan Najib sebenarnya suatu sindiran ke atas Abdullah. Nor Mohamed dilaporkan berkata pertukaran jawatan itu akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan pasaran modal negara. Persoalannya, bagaimana sewaktu amanah ini di bawah Abdullah. Adakah tidak memberi kesan positif kepada negara?

Jika begitu pujian orang Umno terhadap Najib, sudah sampai waktu dan ketikanya Abdullah meletakkan jawatan secara bermaruah.

No comments: