Mesyuarat tergempar Majlis tertinggi yang diadakan semalam telah selesai dan rakyat telah dimaklumkan hasil keputusan mesyuarat melalui sidang media yang diadakan oleh Abdullah.
Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin dikhabarkan tidak gembira dengan keputusan tersebut yang dinggap sebagai mempunyai muslimat disebaliknya.
Keputusan itu kononnya bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno kepada timbalannya.
Menjadi persoalan ialah jarak mesyuarat bahagian dengan mesyuarat agung terlalu jauh. Mengapa tidak mesyuarat bahagian juga ditangguh. Kemungkinan ini dapat memberi masa yang agak panjang untuk Abdullah melihat sejauhmana penerimaan perwakilan Umno terhadap dirinya. Abdullah jika memilih untuk bertanding, memerlukan 30% pencalonan. Penganalisis politik melihat Abdullah akan menghadapi kesukaran mendapatkan jumlah yang mencukupi lantaran masalah kelemahan beliau urus tadbir negara yang semakin hari semakin teruk.
Bagi pengampu Abdullah seperti Datuk Seri Shahidan Kassim bermatian cuba menyelamatkan 'boss'nya dengan mengeluarkan kenyataan negatif terhadap peralihan kuasa. Katanya, "Perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat"
Polemik baru yang melanda Umno ini sudah tentulah dapat dibaca oleh Abdullah. Beliau cuba meredakan keadaan dengan memberi harapan kepada ahli-ahli Umno bahawa beliau akan mengumumkan sesuatu yang 'penting' sebelum mesyuarat bahagian 9 Oktober akan datang.
Sikap dolak dalih Abdullah sangat tidak disenangi oleh akar umbi Umno. Rata-rata marah dengan sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti yang tidak memberi kebaikan kepada Umno tetapi hanya dilihat mahu menyelamatkan pemimpin Umno. Dahulu semasa Dr. Mahathir menjadi PM, tiada siapa berani angkat muka mempertikai presiden parti tidak boleh bertanding. Lihat sahaja bagaimana timbalan perdana menterinya ketika itu Anwar Ibrahim, sehingga ditelanjangkan dan ditumbuk dengan penuh kehinaan sekali.
Terdapat pihak lain dalam Umno yang bersikap tunggu dan lihat. Bagi yang berjawatan besar dan senang, meminta ahli-ahlinya bersabar sahaja dengan apa yang Abdullah lakukan terhadap mereka. Sekurang-kurangnya perwakilan mempunyai masa yang cukup untuk memilih pemimpin parti.
Apa pun Abdullah akan berundur dan ini proses yang dilakukan agar pengunduran itu berjalan dengan baik. Harapan Abdullah biarlah dia dapat melakukan sesuatu yang baik dan dapat diingati rakyat sebagai pemimpin yang berjasa dalam tempoh singkat yang dia ada. Namun serangan dari Pakatan Rakyat yang diketuai oleh 'Singa Malaya' iaitu Anwar Ibrahim tidak memberi kesempatan langsung untuk Abdullah membuat kerjanya. Sehingga Umno dalam bahaya kerana Pakatan mendakwa sudah cukup ahli parlimen untuk mentadbir Malaysia. Akibatnya Umno sangat tertekan dan menimbulkan kekalutan yang tidak pernah mereka rasa sebelum ini. Penahanan Raja Petra cukup sebagai contoh bagaimana Umno sanggup lakukan apa sahaja untuk melemahkan Pakatan. Bagi ahli Umno di peringkat akar umbi, penghalang besar mereka adalah kelemahan Abdullah. Tapi bagi rakyat itu adalah bala bagi pihak yang tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.
No comments:
Post a Comment