Saturday, September 27, 2008

Khairy pura-pura tidak setuju penangguhan Mesyuarat Agung Umno? ~ Malaysiakini

Seorang blogger Umno bernama Amin Yatim (http://cuitsikit.blogsot.com) mengatakan Khairy mendesak Abdullah mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno yang sapatutnya Disember tetapi telah ditangguhkan. Abdullah diyakinkan bahawa terdapat 100 bahagian akan menyokong pencalonan sebagai Presiden Umno.

Bagaimanapun, menurut satu sumber Keadilan, satu mesyuarat tergempar telah diadakan oleh Abdullah dengan beberapa penasihat beliau dan hasil mesyuarat, beliau tidak perlu bertanding kerana kemumgkinan ada Abdullah tidak akan berjaya memperoleh 58 pencalonan.

Penolakan Abdullah bukan sahaja melibatkan dirinya tetapi juga Khairy menantunya. "Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir" kata Khairy.

Semalam Khairy dilaporkan tidak berpuas hati, kononnya penangguhan itu akan menyusahkan orang Umno termasuk dirinya. " Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan" kata Khairy. Bagai mendedahkan tujuan penangguhan itu sebagai kelebihan buat bapa mentuanya.

Perbezaan itu seperti sengaja direka - reka oleh Khairy supaya imejnya tidak terjejas bagi memberi kemenangan merebut jawatan ketua pemuda.

No comments: