BeritaPanas
Wednesday, July 29, 2009
SPRM tutup kes salah guna wakil rakyat DAP
Siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa melibatkan ADUN Jawi Tan Beng Huat, selesai setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada keterangan untuk pendakwaan.


Tan (kiri) berkata beliau menerima surat bertarikh 23 Julai daripada SPRM yang enyatakan kes itu ditutup.

"Saya akan buat permohonan kepada Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk mendapatkan kembali surat peletakan jawatan saya yang tidak bertarikh yang saya hantar tempoh hari," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang, hari ini, lapor Bernama.

Pada 15 Jun lalu, Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong
mengemukakan empat aduan melibatkan dakwaan salah guna kuasa, peruntukan wakil akyat serta penggunaan logo kerajaan negeri untuk kutipan derma terhadap Tan kepada SPRM cawangan Pulau Pinang.

Dalam aduan itu, antara lain Teh mendakwa Tan mengeluarkan surat kuasa epada pembawa surat yang dilantiknya untuk mengambil alih semua dewan milik kerajaan, kuasa dan kewangan serta peralatan daripada semua pengerusi dan nggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di beberapa kawasan di Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan
pertukaran kepimpinan kerajaan negeri.

Tan berkata surat yang ditandatangani oleh Pengarah SPRM Pulau Pinang Latifah Mad Yatim turut menyebut bahawa suruhanjaya itu akan menyediakan laporan pemeriksaan berkaitan sistem dan perolehan mengenai pembelian dan pembekalan yang longgar yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

"Saya mahu Teh minta maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari atau saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya. - Malaysiakini