
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Mohd. Sedek, 60, yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Impian, Kajang.
Katanya, Mohd. Sedek kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
“Beliau yang memandu kereta Mercedes Benz E230 dipercayai hilang kawalan kemungkinan akibat jalan licin kerana hujan lebat dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh sebuah kereta Proton Iswara,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, pemandu kereta Proton Iswara tersebut tidak cedera.
Mohd. Sedek menyandang jawatan tersebut pada 2004 sebelum bersara kira-kira setahun kemudian. - Bernama
No comments:
Post a Comment