Tuesday, September 1, 2009

Polis: Jangan berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan esok

IPOH 1 Sept. — Polis hari ini menasihati orang ramai supaya tidak berkumpul berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi menghadiri ’Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak’ yang kononnya akan berlangsung di situ, esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis hari ini memperoleh perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang ramai hadir atau berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan berkenaan mulai 1 pagi 2 Sept. hingga 11 malam 3 September.

“Pihak polis telah dimaklumkan oleh kerajaan negeri Perak bahawa tidak ada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2 Sept,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

No comments: