Sunday, October 11, 2009

UNESCO Iktiraf Hanya "Batik Indonesia" bukannya "Batik"

Pada 2 Oktober 2009, UNESCO telah menambah "Batik Indonesia" ke dalam senarai Warisan Budaya Bernilai. Semenjak tarikh itu, rakyat Indonesia bermegah-megah bahawa negara lain tidak boleh mengklaim batik.

Diingatkan bahawa, perkataan yang digunakan dalam senarai UNESCO ini adalah "Batik Indonesia" dan bukannya perkataan "batik" sahaja.

Ini bermaksud, UNESCO mengiktiraf "Batik Indonesia" sebagai warisan budaya Indonesia dan bukannya batik sebagai warisan budaya Indonesia.

Oleh itu, Malaysia juga boleh memohon agar "Batik Malaysia" turut ditambah ke dalam senarai Warisan Budaya Bernilai tersebut. Ini diakui oleh pakar Warisan Indonesia berikut.

Bagaimanapun, pakar Persatuan Warisan Indonesia, Judi Achjadi berkata, pengiktirafan UNESCO terhadap batik Indonesia tidak bermakna Malaysia yang memiliki tradisi tersendiri dalam membuat batik, tidak mempunyai hak terhadap hasil seni itu, yang telah tersebar di seluruh Asia, Asia Barat dan Afrika. [Sumber]

Wakil UNESCO sendiri mengakui bahawa negara lain termasuk Malaysia juga boleh menggunakan batik.

Pakar budaya UNESCO, Masanori Nagaoka pula berkata, pengiktirafan untuk kain Indonesia itu tidak bermaksud negara lain tidak boleh menuntut hasil seni tersebut, tetapi Indonesia katanya sengaja mencari masalah dengan mengemukakan pencalonan. [Sumber]

Yang pasti, terdaftarnya "Batik Indonesia" ke dalam senarai UNESCO tidak akan melenyapkan Batik Malaysia. Semoga satu hari nanti, kerajaan Malaysia akan mengambil inisiatif memohon agar Batik Malaysia dimasukkan sebagai Warisan Budaya Bernilai UNESCO.

p/s-Batik Indonesia tentulah asli Indonesia, Batik Malaysia pastinya asli Malaysia.

No comments: