BeritaPanas
Saturday, May 22, 2010
Himpunan aman bantah konsert Inul
TAWAU, 21 Mei: Jika di Semenanjung demonstrasi aman diadakan sebagai bantahan kerajaan meluluskan judi bola sepak, orang ramai di sini menyertai himpunan aman bagi membantah konsert Inul Daratista yang diadakan di Masjid Al Kauthar, selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Bantah Konsert Inul Daratista dan turut disokong beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 1.30 petang tanpa sebarang tangkapan dibuat.

Tidak berakhir di situ, peserta himpunan berarak ke pejabat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Presiden MPT (gambar).

Sidang media dengan membaca isi kandungan memorandum dilangsungkan di hadapan bangunan MPT dan bersurai secara aman sekitar pukul 2.40 petang. - Harakahdaily