Friday, May 21, 2010

Kubur Ashaari dipantau

SEREMBAN 21 Mei - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Johani Hassan hari ini menasihatkan umat Islam agar mengelak daripada melakukan perkara kurafat.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap kawasan yang dikenal pasti di Negeri Sembilan sebagai tempat ”membayar niat” bagi membanteras amalan kurafat di kalangan umat Islam.

"Amalan pemujaan jelas bercanggah dengan akidah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebimbangan kubur bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya di Kampung Pilin, Rembau dijadikan tumpuan amalan khurafat.

Mengulas lanjut mengenainya, beliau berkata setakat umat Islam membaca Al-Quran dikubur Allahyarham Ashaari, itu memang dibenarkan tetapi jangan sampai memuja.

Johani berkata, jabatannya dan jawatankuasa masjid Kampung Pilin sedang memantau perkara tersebut. - Bernama

No comments: