BeritaPanas
Friday, May 21, 2010
Sebutan kes bekas Mufti Perlis 24 Jun
SHAH ALAM 21 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan semula kes bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri

Zainul Abidin yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah, tahun lepas.

Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaii @ Shaee memutuskan demikian bagi membolehkan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes itu.

Pada 18 November tahun lepas, Mohd. Asri, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam, 1 November tahun lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Jika sabit kesalahan, hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.


Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Halim dan Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md. Yusof sementara Mohd. Asri diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Jamal Mohd Lokman Sulaiman. - Bernama