Friday, May 21, 2010

Pengikut Abuya bergilir kawal kubur

Bimbang pusara arwah jadi tumpuan amalan khurafat

REMBAU: Kubur Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya di Kampung Pilin di sini berada dalam keadaan terkawal, manakala ada beberapa pengikutnya bergilir-gilir menjaga kubur berkenaan sejak arwah meninggal dunia minggu lalu.

Tinjauan Berita Harian ke kubur yang terletak di atas bukit dan dipasang khemah mendapati mendapati masih ada saudara mara dan pengikut yang datang dari jauh melawat kubur berkenaan setiap hari. Difahamkan, pada setiap malam kawasan itu akan menjadi terang berikutan kumpulan yang menjaga kubur berkenaan bertindak memasang lampu di situ. Seorang pengikut Abuya yang enggan dikenali berkata, dia bersama beberapa lagi pengikut bergilir-gilir menjaga kubur itu secara sukarela demi keselamatan.

Katanya yang datang dari utara semenanjung, mereka tidak mahu ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak elok di kubur itu.

"Kami bertindak menjaga kubur ini sepanjang masa kerana tidak mahu ada pihak yang cuba melakukan perkara khurafat seperti pemujaan dan sebagainya kerana Abuya seorang lelaki yang salih dan dikenali ramai," katanya. - Bharian

No comments: