Thursday, June 3, 2010

Detik perompak larikan 7 juta euro


CAP PINEDE, Perancis – Beberapa imej yang menunjukkan detik-detik sebuah van keselamatan membawa wang tujuh juta euro (RM28.1 juta) diserang sekumpulan perompak disiarkan oleh beberapa buah akhbar semalam.

Perompak-perompak yang lengkap bersenjata itu melarikan semua wang di dalam van berkenaan di bandar ini, Marseille, selatan Perancis baru-baru ini.

Dengan memakai topeng dan membawa raifal AK-47, 12 anggota geng perompak itu memperdayakan pengawal-pengawal dalam van tersebut dengan membakar sebuah trak yang diletakkan berhampiran dengannya.

Mereka kemudian melepaskan tembakan terhadap pemandu dan pengawal-pengawal keselamatan dalam van itu sebelum melarikan wang berkenaan dengan menggunakan sebuah kereta Audi berwarna hitam.

Namun, tiada sesiapa yang cedera dalam insiden rompakan tersebut.

Polis Perancis sedang memburu perompak-perompak tersebut yang dipercayai sebahagian daripada sebuah kumpulan penjenayah yang terlatih dan profesional. – Agensi / Kosmo

No comments: