BeritaPanas
Thursday, June 3, 2010
Madonna Buat Pembedahan Plastik?

PADA Ogos nanti, genap 52 tahun usia Madonna (gambar). Terdapat desas-desus mendakwa Ratu Pop itu akan menjalani pembedahan plastik untuk kembali tampil lebih muda.

Menurut Aceshowbiz semalam, Madonna telah menempah tarikh untuk melakukan pembedahan plastik. Khabarnya, dia akan menjalani pembedahan di bahagian mata, bibir dan juga pipi serta payudara.

Tetapi semua dakwaan itu disangkal oleh jurucakap penyanyi yang popular menerusi single Material Girl itu.

Katanya, wanita kelahiran Michigan, Amerika Syarikat itu sedang sibuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya. Filem itu mengisahkan tentang seseorang yang mengundur diri dari takhta kerajaan Inggeris, Edward VIII. Madonna menjangkakan penggambaran filem itu akan dilakukan pada musim panas ini. - Mstar