Wednesday, June 2, 2010

Israel serang Gaza, lima maut


BANDAR GAZA – Lima penduduk Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza semalam sehari selepas komando-komando rejim Zionis menyerbu konvoi enam kapal bantuan kemanusiaan yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.

Menurut Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, tiga daripada lima orang itu mati akibat satu serangan Israel di utara Gaza yang diperintah oleh pergerakan Hamas.

Tentera Israel menyatakan ia melancarkan satu serangan udara di sebuah kawasan selepas dua roket dilancarkan dari Gaza oleh pejuang-pejuang Palestin.

Menurut seorang jurucakap tentera Israel, dua pejuang Palestin turut ditembak mati kerana menyusup masuk ke selatan negara Yahudi itu.

“Terdapat insiden berbalas-balas tembakan menyebabkan mereka (dua pejuang Palestin itu) terbunuh,” katanya.

Beberapa saksi di Gaza menyatakan, insiden berbalas-balas tembakan itu diikuti oleh bedilan peluru berpandu helikopter tentera Israel. – AFP

No comments: