Thursday, June 3, 2010

Lelaki takut polis maut terjun bangunan

KLANG: Hanya kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh, seorang lelaki yang cuba lari dari pemeriksaan polis maut dengan cebisan otak bertaburan selepas terjun dari tingkat tiga Rumah Pangsa Bukit Tinggi 2 di sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu berlaku apabila empat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Sukarelawan Polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah menahan motosikal mangsa bersama rakannya bagi tujuan pemeriksaan.

Mangsa yang berhenti seketika untuk pemeriksaan kemudian secara tiba-tiba memecut melarikan diri sebaik anggota polis terbabit memintanya menunjukkan lesen memandu dan cukai jalan motosikal berkenaan.

Ketua Polis Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof, berkata, empat anggota polis yang menaiki tiga motosikal mengejar motosikal mangsa kira-kira 100 meter sebelum ternampak motosikal mangsa di parkir rumah pangsa itu. - Mymetro

No comments: