BeritaPanas
Sunday, January 4, 2009
Selebriti Farahrizan Abdul Razak dari Astro Awani : Tujuh lagi disah ambil ketamin, Ecstasy dalam pesta seks

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penyampai berita sebuah stesen televisyen swasta dan pelakon wanita sambilan yang ditahan dalam pesta sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee, di sini, awal pagi kelmarin, positif dadah.

Difahamkan, personaliti televisyen itu, Farahrizan Abdul Razak, 23, serta pelakon sambilan terbabit positif dadah Ecstasy serta ketamin.

Turut disahkan positif dadah adalah tujuh lagi individu ditahan bersama mereka kerana menyertai pesta itu dalam sebuah bilik ditempah khas di tingkat 11, hotel terbabit sempena sambutan tahun baru, awal pagi kelmarin.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata semua 26 diberkas dalam kejadian itu ditahan reman hingga esok untuk siasatan lanjut.

"Hasil ujian air kencing yang dilakukan, tiga wanita termasuk penyampai berita dan pelakon sambilan itu serta enam lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun didapati positif Ecstasy dan ketamin.

"Kes ini disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kita juga mahu mengesan sumber dadah seperti Ecstasy, ketamin dan syabu yang ditemui di tempat kejadian," katanya, ketika dihubungi, di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan penyampai berita serta pelakon tambahan itu bersama 24 yang lain diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur yang menyerbu bilik hotel berkenaan, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu. ~ Bharian