BeritaPanas
Sunday, January 4, 2009
Selebriti Farahrizan Abdul Razak dari Astro Awani : Penyampai berita, pelakon dibebas dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR: Penyampai berita televisyen swasta berbayar dan pelakon drama tempatan bersama enam lagi rakan mereka yang sebelum ini didapati positif dadah ketamin dan syabu dalam sebuah parti sempena sambutan tahun baru, dibebaskan lewat petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Khiang berkata kelapan-lapan mereka dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 7 malam.

Beliau berkata seorang lagi lelaki yang juga didapati positif dadah masih ditahan kerana disyaki menjadi pembekal dadah untuk parti tersebut.

Kang berkata polis akan memanggil semula kelapan-lapan mereka apabila keputusan saringan ujian air kencing yang dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) dikeluarkan yang dijangka dua minggu lagi.

"Manakala 17 lagi pengunjung parti tersebut yang turut ditahan sebelum ini telah dibebaskan tanpa syarat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 pagi itu, 26 orang ditahan dan berpuluh pil khayal selain sejumlah ketamin, kokain, syabu, arak dan kondom ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini.

Pesta itu dipercayai dianjurkan oleh sepasang suami isteri berumur dalam lingkungan 20an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lepas. BERNAMA